Salam Israq dan Mikraj kepada semua umat islam.
Firman Allah di dalam Surah Al-Israk ayat 1: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Kalau kita faham dan hayati perjalanan Nabi dr Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa mesti kita akan rasa sedih dimana betapa sayangnya Nabi kita Muhammad saw terhadap kita semua. Bersyukurlah kepada Allah kerana kita menjadi umat Nabi Muhammad saw. Terima kasih Ya Allah, Terima kasih Ya Rasulullah.
@ashrafslegacy
@ashrafmuslimsmuayyid
#salamsayangsampaikesyurga
#Israkmikraj